Kamis, 06 Maret 2014

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca


Nuffnang Ads

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik.
Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa.
Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'.
Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tukar-tukar Hakim mula tidak seronok sebab tidak dapat menyebutnya. Masih banyak yang perlu diperbaiki, tidak mengapa masih belum terlambat.
Hendak dijadikan cerita suatu hari ibu bertemu dengan Seelan seorang peniaga buku-buku kanak-kanak yang dikenal sebagai Teknik Mudah Membaca. Ibu pergi bertanya dan mendapat maklumat bagaimana hendak menggunakannya? Teknik yang mudah seperti juga Buku Bacalah Anakku menggunakan teknik fonetik iaitu menyebut bunyi sukukata. Mungkin ini alternatif untuk ibu gunakan kepada anak-anak terutama anak ibu yang sulung.
Ada 5 buku dalam set termasuk 1 buku latihan menulis (digunakan akhir sekali selepas anak sudah boleh membaca). Menurut penjual, jika dilatih setiap hari, anak 3 tahun mampu untuk membaca selepas 3 minggu.


Buku 1
Ibu sungguh tidak sabar, mulakan dengan Buku 1, yang lain ibu sembunyikan :) Caranya 1 hari 1 mukasurat atau 1 hari 1 suku kata.
Ibu mulakan dengan Hakim, a i u walaupun ibu tahu Hakim sudah tahu, satu sessi cuma 1-2 minit sahaja. Anak berada di sebelah kiri ibu. Setiap hari ibu pastikan 5-6 sessi latihan untuk pastikan anak betul-betul boleh mengingat sebutan sukukata yang ditunjukkan.
Misalnya ini ' ba bi bu ' ibu akan sebut dan tunjukkan kemudian minta anak ulang sehingga 8-10 kali cukup dan biarkan anak kembali bermain. Sessi pertama di awal pagi sebaik anak bangun tidur dan sessi terakhir setiap hari sebelum anak tidur.
Teknik seperti ini mengingatkan ibu dengan Teknik Menghafal Al-Quran Al-Huffaz, 1 hari 1 ayat. 1 ayat diulang 40 kali setiap hari dalam 3 atau 4 sessi bacaan. Esok perkenalkan ayat yang baru dan minta pelajar ulang ayat semalam dan hari ini juga 40 kali. InsyaAllah 40 kali baca mudah untuk mengingat.



Buku 2
Alhamdulillah setelah 2 minggu Hakim telah tamat Buku 1 dan Buku 2, ibu sangat gembira Hakim sudah boleh membaca ayat yang mudah seperti 'saya suka baca buku cerita, nama ibu saya ani' 
Bila abang belajar sudah tentu adik-adik mahu join sekali, Aiesyah kena pujuk-pujuk Umar kena golek-golek :)
Ibu percaya jika mahu anak bersungguh, ibubapa lagi kena bersungguh-sungguh
Jangan lupa untuk puji dan peluk anak-anak jika mereka boleh menyebut dengan betul apalagi bila sudah boleh membaca :) jangan sesekali marah atau mengeluh bila anak tersilap, ini akan menyebabkan anak-anak tersinggung dan tidak mahu meneruskan.

Perkongsian ibu tentang Teknik Mudah Mengajar Anak Quran di sini.
Bagi ibu tidak wajar guru membandingkan pencapaian anak-anak didik kerana setiap anak punya tahap kemahiran/pencapaian/fokus yang berbeza, setiap anak juga begitu. Jangan sesekali membandingkan adik dengan abang atau kakak. Setiap anak adalah individu berbeza walaupun mereka keluar dari perut yang sama.

Tuan/Puan yang ingin mendapatkan Buku Adik Mari Baca yang ibu gunakan ini, mohon SMS Puan Wan Anie 013-2821450. Terima kasih. Apa yang baik kita kongsi bersama, InsyaaAllah
 Sumber : http://tintacomellote.blogspot.com/2011/12/teknik-cepat-membaca-cara-mudah.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar